BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, 6 September 2011

                                                                                                               
KARIPAP KARIPAP CINTA.....TARAA!!

Buat sendiri ni,,hehe ^ ^

Alhamdulillah,jadi jgk karipap walaupun xcntik coraknye..yeah2
                             
           
                               MENCARI KETENANGAN                                                  

                                             
 Tiada orang lain, hanya kita, hanya anda. Kitalah punca yang boleh membawa kegembiraan dan ketenangan dalam hidup. Ada orang yang mencari ketenangan dengan bekerja sekuat-kuatnya, berhibur semahu-mahunya, atau seperti di Barat, mengadakan aktiviti-aktiviti yang di luar duga dengan niat untuk mencari ketenangan yang hakiki. Dan kita sebagai Muslim, dalam diri kita ada ketenangan itu. Renung ke dalam diri, lihat dengan mata hati, maka kita akan temui fitrah dan akal, lantas berikhtiarlah untuk mencari ketenangan di sisi Allah atas nama taqwa.                                  

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum, sehingga mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri." 

Dicatat oleh Asmah laili di Jumaat,september 09,2011

                                                                 
                
ERTI KEHIDUPAN


                                               WEDNESDAY,SEPTEMBER 7,2011
                                   

Lihat dan renungkan apakah persamaan permulaan dan pengakhiran kehidupan kita ?Bicara tentang hidup juga tidak akan terlepas dari berbicara tentang maksud dan tujuan sebenar Allah hantar kita kedunia ini.Maksud dan tujuan Allah swt menciptakan manusia adalah untuk beribadah sebagaimana firmanNya yang bermaksud “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Aku.

Bukan hanya manusia tetapi seluruh makhluk di muka bumi ini beribadah menurut caranya masing-masing seperti yang disunnahkan oleh Allah swt sebagaimana firmanNya yang bermaksud, “Apakah kamu tidak mengetahui bahawasanya bertasbih kepada Allah apa yang ada di langit dan di bumi?

Begitu juga bertasbih burung-burung yang terbang di udara. Masing-masing mengetahui cara ia solat dan bertasbih. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan.

Mencari identiti  kehidupan

Kehidupan adalah satu alam atau satu perjalanan yang sangat luas, sangat panjang dan tiada penghujungnya. Apa yang pasti, nasib keadaan kehidupan kita yang panjang ini hanya ditentukan oleh masa hidup kita di dunia yang sangat singkat ini.Maka saat kehidupan kita didunia adalah satu persinggahan sementara untuk kita mencari identiti sebenar dalam membawa satu kehidupan yang abadi di akhirat kelak.

Jika baik didunia tidak semestinya baik diakhirat dan jika buruk didunia tidak semestinya buruk diakhirat. Semuanya dalam percaturan Allah. Kita sebagai manusia hanyalah mampu berdoa agar kita dimasukkan dalam syurganya yang kekal abadi.Apalah nilainya kalaupun kita dipanjangkan umur sehingga seratus tahun di dunia, sedangkan hanya satu hari di akhirat sudah menyamai 1000 tahun masa di dunia.

Jika kita mensia-siakan kehidupan yang singkat ini. Semua tiada guna!

Hidup ERTI keHidupan

Kehidupan ini adalah suatu liku-liku. Dalam liku-liku inilah kita mengutip pengalaman. Pengalaman itu jika dikongsi bersama akan menjadi panduan hidup yang sangat berguna.Bila seluruh kehidupan kita dari celik mata hingga kita tidur kembali, seluruh kehidupan kita mengikut Al-Quran dan Sunnah, maka seluruh kehidupan kita akan dikira ibadah maka berbahagialah dan berjayalah orang itu di dunia dan di akhirat.

Hidup yang tidak mempunyai matlamat dan pegangan ibarat satu perjalanan manusia yang setakat kita faham dan tahu tetapi tidak pernah melaluinya. Kita tidak merasai susah dan senang dalam kehidupan, ibaratnya tiada nikmat kemanisan diperolehi.Jika matlamat dan pegangan jika itu dapat dikecapi apa yang kita mahukan dalam kehidupan maka hadirnya kita didunia ini mempunyai maksud dan tujuan uttuk membuat sesuatu dan menginginkan manfaat dari apa yang kita buat iaitu syurga yang kekal abadi

Mudah-mudahan Allah menerima segala apa yang kita lakukan sebagai satu amal ibadat dalam menjalani hidup sebagai seorang muslim dulu kini dan selamanya.Amin Ya Rabbal Alamin. Kita amalkan dan sebarkan kepada orang lain supaya kita semua mendapat manfaatnya, insyaallah.

Moga yang dicari yang sebenar adalah hidup erti kehidupan!
Dicatat oleh Asmah laili di Rabu,september 07,2011

                                  

                                          

MY NOVEL



                            
Sinopsis

Adilah menganggap mamanya sebagai 'angel' yang melindunginya. Namun, tiba-tiba mamanya menghilang. Adilah terpaksa membesar tanpa kasih seorang ibu. Dia masih mencari 'angel' namun semuanya selalu berakhir dengan perpisahan. Dapatkah Adilah menemui 'angel' yang didambakan...



                                                                                             

Sinopsis   

Mengisahkan tentang kehidupan baru Adilah Arifin di sekolah berasrama selepas bertemu semula kawan lamanya semasa bersekolah rendah dahulu. Adilah yang pada mulanya gagal menyesuaikan diri dibantu oleh rakan barunya Reen dan Izham. Selain itu, hubungannya dengan ibu kandungnya juga tegang apabila dia mengetahui yang bapa tirinya adalah bekas tunang gurunya.

Prestasi pelajarannya yang juga mengecewakan membuatkan Adilah bertambah tertekan. Namun, dengan dorongan Mama Zai dan rakan-rakannya, Adilah berusaha mengatasi masalahnya di sekolah itu.
                              




Sinopsis

Rahsia. Rahsia. Rahsia.Sakit kepala Adilah dibuatnya. Siapa sebenarnya Reen? Besar sangatkah rahsia yang disimpannya? Misi kali ini, membongkar rahsia Reen. Berjayakah Adilah?



Sinopsis



Kisah seorang remaja bernama Tengku Adania yang menjadi anak tunggal kepada Tengku Muiz dan Puan Najla. Dia dibesarkan dengan kemewahan tapi sayangnya tidak dibesarkan dalam lingkungan didikan agama. Kerana kesibukan ibu bapanya sebagai usahawan yang berjaya, dia dibiar mencorakkan kehidupannya sendiri. Tengku Adania sangat berbangga dengan kemewahan dan darjat yang dimiliki sehinggalah pada suatu hari Tengku Muiz telah membuat keputusan untuk menukarkan Tengku Adania ke sebuah sekolah harian kerajaan. Di situ, dengan perangai Tengku Adania yang sombong, pelbagai peristiwa telah berlaku. Dia dimusuhi oleh seseorang sehingga sanggup mencederakannya. Perkenalannya dengan Khairul Lutfi dan Nenek Maryam mengubah cara pemikirannya. Dari situ perlahan-lahan dia cuba mengenali erti Islam yang sebenar. Selepas kematian Khairul Lutfi dalam satu kemalangan jalan raya, Tengku Adania bertekad untuk mengubah dirinya.                                    


                                       
Sinopsis

Ali adalah seorang jurugambar sebuah akhbar politik. Dia jatuh cinta dengan Sarah, graduan Al-Azhar yang bekerja sebagai editor komik di SLP Publications & Distributors.Namun ayah Sarah mahu anak perempuannya berkahwin dengan lelaki yang setarat dengan kelulusan Sarah (yakni seorang Ustaz).Ali menjadi panik dan dalam keadaan terdesak telah berbohong mengatakan dia juga graduan Al-Azhar.Maka bermulalah rentetan peristiwa lucu, sedih dan tidak masuk akal dalam usaha Ali untuk menawan hati Sarah dan dalam pada masa yang sama cuba mencari jalan berterus terang kepada gadis itu.Ali terpaksa membayar harga yang mahal untuk pembohongannya.Dan karipap itu mempertemukan cinta Ali dan menyelamatkan cintanya.

                                     
                                        
Sinopsis 

Berkisar tentang kebahagiaan suami isteri yang diuji apabila Syufiqa terlalu obses terhadap Mia Batrisia, seorang penulis novel. Alasan simpati terhadap kisah duka yang berlaku dalam rumah tangga Mia Batrisia mendorong Syufiqa memaksa suaminya, Samwil mengahwini Mia Batrisia tanpa mengetahui Samwil dan Mia Batrisia pernah mencipta memori zaman remaja bersama-sama. Sejauhmanakah rasa obses Syufiqa boleh mengatasi semuanya?